
Aktiviti - Aktiviti MARS 2018
Iftar with 9M2FX
June 7, 2018
Program yang bertempat dirumah Pak Kamal ini julung kali diadakan. Program juga dihadiri oleh rakan radio amatur dari Melaka. Program dimulakan dengan tahlil ringkas buat keluarga beliau khasnya buat arwah 9M2DW dan disusuli dengan berbuka puasa dan solat magrib berjemaah.
MARS 2nd AGM
May 1, 2018
Bertempat di Balai Raya Kg Sabak Aur, AGM telah berjaya dilaksanakan. Program dirasmikan oleh Saudara Mohd Radzmi Bin Hj Md Amin selaku Pengerusi Belia 4B Johor dan pelantikan beliau sebagai penaung persatuan. Hampir 60% pemilihan jawatankuasa terdiri daripada jawatankuasa lama.
Pameran Radio Amatur
April 21, 2018
Suatu pameran radio amatur jemputan sempena Jambori Pengakap MRSM Kawasan Selatan 2018 telah diadakan di MRSM Bakri Muar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah (1) Komunikasi Radio, (2) Phonetic Code, (3) Buzzer Morse Code dan (4) Pameran serta penerangan berkaitan dengan radio amatur dan aktiviti-aktivitinya.
Pameran AMSAT
April 4, 2018 - April 5, 2018
Bertempat di Perpustakaan Negeri Melaka, suatu pameran berkaitan dengan AMSAT jemputan dari Agensi Angkasa Malaysia melalui MARTS telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan JASRA Melaka serta rakan radio amatur sekitar. Program dua hari memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai "Apa itu AMSAT?".
Aktiviti Ziarah 9W2ZZS
Nov 4, 2018
Aktiviti yang dijalankan merupakan sesi menziarahi sahabat radio amatur iaitu Cikgu Aziz 9W2ZZS yang juga Timbalan S/U MARS. Aktiviti disertai DA, ESM, family ZWC, family IYN, HJL, DJW, FYX, JRH dan CPJ. Kami mendoakan Cikgu Aziz cepat sembuh dan sihat seperti dahulu. Amin.