top of page
MARS QSO DAY

PADA HARI RABU SETIAP MINGGU

8.00 PAGI - 12.00 MALAM

Program MARS QSO Day atau Hari QSO MARS atau Ragchew Day merupakan aktiviti yang dijalankan bagi menggalakkan ahli persatuan mahupun bukan ahli (sesiapa sahaja) untuk berkomunikasi menggunakan radio amatur. Aktiviti ini diadakan setiap minggu pada ruang frekuensi berikut:

VHF

Repeater : 9M4RMR

Simplex : V26 145.325 MHz

HF

40m band LSB 7.150 MHz

Tiada peraturan khusus mahupun topik perbualan khas diperuntukkan bagi aktiviti ini. Semua yang menyertainya perlu mengamalkan prosedur QSO yang baik mengikut garis panduan SKMM. Semasa QSO, sentiasa amalkan:

  • Melaporkan RS(T) setiap awal komunikasi.

  • Memperkenalkan diri dan "working condition" (peralatan yang digunakan) untuk menghantar isyarat (TXD).

  • Memberi keutamaan kepada stesen berkuasa rendah / sedang 'mobile' (bergerak dengan kenderaan).

  • Memantau dahulu frekuensi / perbualan sebelum turut serta dalam komunikasi.

  • Sentiasa mengamalkan DX Code of Conduct terutama apabila berada di ruang frekuensi HF.

 

Tujuan aktiviti dijalankan adalah:

  1. Menguji peralatan komunikasi yang ada.

  2. Mempelajari cara komunikasi yang berkesan menggunakan prosedur yang betul.

  3. Mengeratkan silaturahim sesama rakan radio amatur.

  4. Mengadakan sesi perbincangan atau mesyuarat ringkas dikalangan ahli persatuan.

9M4RMR MUAR REPEATER

Repeater/pengulang VHF 9M4RMR ini telah wujud lebih dari 10 tahun dengan bantuan perlesenan AA daripada MARTS. Ianya terletak di Hotel Muarar 99. Semua rakan radio amatur tanpa mengira latar belakang persatuan digalakan menggunakannya.

FREQUENCY

146.925 MHz

Shift
- 0.6 MHz @ - 600 kHz
Tone
203.5 Hz
MARS SIMPLEX FREQUENCY

Lebih dari 10 tahun, rakan-rakan di Muar menggunakan frekuensi VHF V26 iaitu sebagai salah satu medium komunikasi selain menggunakan repeater 9M4RMR. Selain itu, rakan-rakan digalakkan berada di frekuensi channel VHF yang umum iaitu 145.500 MHz. 

FREQUENCY VHF V26

145.325 MHz

bottom of page