top of page
MATLAMAT PENUBUHAN
  1. Menghimpunkan peminat-peminat dan pengendali-pengendali radio amatur berlesen ke dalam satu pertubuhan radio amatur yang berdaftar.

  2. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains radio amatur sebagai cabang kemajuan teknologi bagi menggalakkan pertukaran maklumat antara ahli serta menggalakkan kerjasama dan membimbing ahli-ahli ke arah menjadikan radio amaur sebagai suatu hobi yang dihormati dan bermanfaat bagi kepentingan bersama.

  3. Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah menerusi aktiviti sains radio amatur.

  4. Menyatu, menyusun dan menyumbang tenaga serta menjamin kegiatan atau aktiviti yang tidak bercanggah dengan undang-undang negara bagi mencapai matlamat pertubuhan khasnya dalam bidang pembangunan sains radio amatur untuk negara.

18301929_1917169368552598_72704425706376
FAKTA RINGKAS

BILAKAH PERSATUAN INI DITUBUHKAN?

28 FEBUARI 2016

SIAPAKAH PENGASAS KEPADA TERTUBUHNYA PERSATUAN INI?

BERMULA DENGAN JAWATANKUASA PENAJA YANG DIANGGOTAI OLEH 9W2HJL, 9W2BYX, 9W2EYR, 9W2PEF, 9W2JMW, 9W2KHH & 9W2VWC

SENARAI 9M2 DI MUAR & TANGKAK.

9M2DA, 9M2FX, 9M2GA, 9M2ESM, 9M2CDX, 9M2WJ

SEJARAH RINGKAS

Komuniti radio amatur di daerah Muar ini telahpun wujud sebelum adanya Persatuan Radio Amatur Muar. Ianya berada pada dua era yang berbeza iaitu sebelum kewujudan lesen kelas B sewaktu era Allahyarham Dato' Tan @ 9M2DW dan selepas era kewujudan kelas B dibawah pimpinan Pakden @ 9M2DA. Pada ketika itu, daerah Tangkak masih berada dalam Muar. Sepanjang perjalanan itu, Jumlah pemegang lesen semakin bertambah setiap tahun dan daerah Muar mempunyai callsign khas 9M2PMC (kini 9M4PMC) dibawah Persatuan Pengakap Muar dan 9M4CMR (under MARTS). Muar juga mempunyai pengulang VHF iaitu 9M4RMR (under MARTS) dan pernah menggunakan 9M4PB bagi program Muar BOTA 2016.

bottom of page